Skip Ribbon Commands
Skip to main content
RBAF COUNSELLING CENTRE


BACKGROUND

RBAF Counselling Centre was officially established on 3 March 2003.  At the early stage, the Centre functions in collaboration with ‘JPKN ABDB’ to counter drug abuse issues within RBAF. Now with 4 new branches, namely drug rehabilitation, training and research, counselling and para-counselling, and family development, the Centre has been pro-active in addressing various issues pertaining to personal issues, career and family. Currently, there are 1 professional counsellor and 11 trained counsellors.

VISION

The Centre’s vision is to become a professional organisation in the military setting contributing towards quality enhancement, status, self-worth, integrity and potentials of personnel in RBAF/ Ministry of Defence besides family members through counselling service, psychology and associated programmes.

MISSION

The Centre’s mission is to enhance the harmony of its personnel through:

1.    Mobilise knowledge and skills in counselling to all levels.
2.    Provide assistance in any efforts towards application of scientific knowledge in the counselling field in shaping quality and effective military personnel.
3.    Enhance professional development of members through education, trainings and research.

OBJECTIVES

The Centre’s objectives are:

1.    To make counselling a respected profession.
2.    Assist in enhancing RBAF profile through counselling service.
3.    Provide service to contributive personnel.
4.    Empower personnel’ s mental and emotional readiness.
5.   To reap benefits of relevant counselling and psychology principles to fulfill the military requirements.

ROLES

In achieving the Centre’s objectives, population of the Ministry of Defence and RBAF, from time to time, are convinced that counselling is an assisting communication process that uses psychological principles, with the potential and capability to: prevent from actions that can compromise the individual/ group and family; expand self potential/ group and family to attain optimum development level; rehabilitate condition of self/ group and family that might have gone off course from the life’s path; to resolve crisis faced by clients, group and family at specific juncture of their lives; conduct discussion for individual/ group and family that requires it.

SERVICE

The Centre renders services like:

1.    Provide counselling service for individuals, couples, marriage, family and groups facing various problems.
2.    Execute rehabilitation programmes for personnel whom have tested positive in the Internal Urine Test and those personnel admitting voluntarity of involvement in misuse of drugs.
3.    Conduct counselling course, individual developmental programme, and psychological assessment for RBAF personnel.
4.    To recruit, train and support the development of RBAF para-counsellors.
5.    To provide counselling helpline for the entire personnel and their family members.
6.    To render psychological preparation service for retiree. 

ACTIVITIES
Other than providing counselling service, the Centre has held numerous courses or workshops relating to counselling, drug rehabilitation programme; continuing education programme for RBAF para-counsellors; motivational talk for RBAF personnel; adventure-base counselling and sport counselling; and counselling consultation service, working visits and clinical attachments with external agencies.

Among the government departments provided with the Centre’s services include University Brunei Darussalam, Schools Department, Counselling and Career Guidance Unit Ministry of Education, Community Development Department Ministry of Culture Youth and Sports, Family Advise Service Section Ministry of Religious Affairs, Royal Brunei Police Force, Narcotics Control Bureau, Al-Islah Rehabilitation Centre, Prisons Department, and Ministry of Health.


COURSES

After 6 years in operation, the Centre now offers courses as follows:

1.    Drug Rehabilitation Programme (KID).
2.    Counselling Awareness.
3.    Introduction to Counselling.
4.    Preparation for Para-counsellors.
5.    Counselling Skills.
6.    Stress Management.
7.    Overcoming Anger.
8.    Strengthening Relationship.
9.    Parenting Skills.
10.    Self Motivation and Exploration.
11.    Self Enhancment and Empowerment.
12.    Effective Studying Techniques.
13.    Case Conference.
14.    Counselling Revision.
15.    Family and Marriage Therapy.
16.    Loss and Depression Counselling.
17.    Solution-Focused Therapy.
18.    Critical Incident Stress Management (CISM).
19.    Coaching at the Workplace.
20.    Crisis Intervention.
21.    Conveying Bad News.
22.    Motivation Camps.

From time to time, the Centre also follows relevant courses for the professional development of its members like Critical Incident Stress Management (CISM): Group Crisis Intervention, Sydney, Australia; Advanced Group Crisis Intervention: Strategies and Tactics for Complex Situations, Sydney, Australia; Couching and Counseling in the Workplace, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam; International Military Testing Association (IMTA) Conference, Singapore; Neuro Linguistic Programming (NLP) – Creative Counselling, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam; National Seminar on Counselling from the Islamic Perspectives, Langkawi, Malaysia; and Counselling Seminar-cum-Workshop, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.




PUSAT KAUNSELING ABDB

LATAR BELAKANG

PK ABDB secara rasminya ditubuhkan pada 3 Mac 2003.  Di peringkat awal PK ABDB berfungsi bersama JPKN ABDB bagi menangani gejala penyalahgunaan dadah di dalam ABDB.  Kini dengan empat buah cawangan iaitu pemulihan dadah, latihan dan penyelidikan, kaunseling dan parakaunseling, dan pembangunan keluarga, PK ABDB telah bergiat aktif menangani pelbagai isu peribadi, kerjaya dan juga keluarga.  Pada masa ini, ABDB mempunyai seorang kaunselor profesional dan 11 orang kaunselor terlatih. 

VISI

Visi PK ABDB adalah untuk menjadi organisasi profesional dalam seting ketenteraan yang berbakti pada meninggikan kualiti, taraf, harga diri, integriti dan potensi anggota ABDB/Kementerian Pertahanan dan keluarga mereka dengan memberikan khidmat kaunseling, psikologi dan program yang berkaitan.

MISI

Misi PK ABDB adalah untuk menjana kesejahteraan anggota dengan cara:

1.    Memobilisasikan pengetahuan dan kemahiran kaunseling di semua peringkat.

2.    Memberikan bantuan dalam sebarang usaha mengaplikasikan pengetahuan saintifik dalam bidang kaunseling ke arah pembentukan anggota tentera yang berkualiti dan berkesan.

3.    Meningkatkan perkembangan profesional ahli-ahli PK ABDB  melalui pendidikan, latihan dan penyelidikan.

MATLAMAT

Matlamat PK ABDB adalah:

1.    Menjadikan kaunseling sebagai satu profesyen yang dihormati.
2.    Membantu meningkatkan profil ABDB melalui khidmat kaunseling.
3.    Memberikan khidmat bakti kepada anggota yang berbakti.
4.    Memperkasa kesediaan mental dan emosi anggota.
5.    Memanfaatkan prinsip kaunseling dan psikologi yang relevan bagi memenuhi keperluan ketenteraan.


PERANAN
Untuk mencapai matlamat ini, warga Kementerian Pertahanan dan ABDB dari semasa ke semasa diyakinkan bahawa kaunseling adalah suatu proses perhubungan menolong yang menggunakan prinsip-prinsip psikologi, ia mempunyai potensi dan keupayaan untuk: mencegah daripada melakukan apa saja yang boleh menjejaskan individu/kelompok dan keluarga; mengembang potensi diri/kelompok dan keluarga bagi mencapai tahap perkembangan yang optimum; memulih keadaan diri/kelompok dan keluarga yang mungkin terbabas dari landasan hidup yang sewajarnya; melerai krisis yang dihadapi oleh klien, kelompok dan keluarga pada ketika-ketika tertentu di dalam hidup masing-masing; mengendalikan perundingan bagi individu/kelompok dan keluarga yang memerlukan.

KHIDMAT


PK ABDB memberikan khidmat seperti berikut:

1.    Memberikan khidmat kaunseling individu, pasangan, perkahwinan, keluarga dan kelompok bagi anggota yang menghadapi pelbagai masalah.

2.    Melaksanakan program pemulihan bagi anggota yang didapati positif dalam Ujian Air Kencing Dalaman dan anggota yang mengaku secara sukarela terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

3.    Menjalankan kursus kaunseling, program pengembangan insan, dan penilaian psikologi ke atas anggota ABDB.

4.    Merekrut, melatih, dan menyokong perkembangan parakaunselor ABDB.

5.    Menyediakan talian (helpline) kaunseling untuk seluruh anggota dan keluarga mereka.

6.    Memberikan khidmat persediaan persaraan dari segi psikologi.



KEGIATAN


Selain memberikan khidmat kaunseling, PK ABDB banyak mengendalikan kursus atau bengkel yang berhubung kait dengan kaunseling; program pemulihan dadah; program pembelajaran berterusan untuk parakaunselor ABDB; ceramah motivasi untuk anggota ABDB; kaunselling berasas penggembaraan dan kaunselling sukan; dan konsultasi khidmat kaunseling, lawatan kerja dan penempatan klinikal dengan agensi luar. 

Di antara Jabatan-jabatan kerajaan yang pernah mendapatkan khidmat PK ABDB adalah Universiti Brunei Darussalam, Jabatan Sekolah-Sekolah, Unit Kaunseling dan Bimbingan Bakat Kerja Kementerian Pendidikan, Jabatan Pembangunan Masyarakat Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pasukan Polis Diraja Brunei, Biro Kawalan Narkotik, Rumah Pemulihan Al-Islah, Jabatan Penjara, dan Kementerian Kesihatan.

KURSUS


Setelah lebih 6 tahun beroperasi, PK ABDB kini menawarkan kursus-kursus seperti berikut:

  1. Program Pemulihan Dadah (KID).
  2. Kesedaran Kaunseling.
  3. Pengenalan Kaunseling.
  4. Persediaan Parakaunselor.
  5. Kemahiran Kaunseling.
  6. Pengurusan Tekanan.
  7. Mengendalikan Rasa Marah.
  8. Pengukuhan Perhubungan.
  9. Kemahiran Keibubapaan.
  10. Eksplorasi dan Motivasi Kendiri.
  11. Menjana dan Memperkasa Kendiri.
  12. Teknik Belajar Berkesan.
  13. Persidangan Kes.
  14. Ulang Kaji Kaunseling.
  15. Terapi Perkahwinan dan Keluarga.
  16. Kaunseling Kesedihan dan Kehilangan.
  17. Terapi Berfokus Penyelesaian.
  18. Pengurusan Tekanan Insiden Kritikal (CISM).
  19. Melatih di Tempat Kerja.
  20. Intervensi Krisis.
  21. Menyampaikan Berita Buruk.
  22. Kem Motivasi.
Dari semasa ke semasa PK ABDB juga mengikuti kursus-kursus yang relevan bagi perkembangan profesional ahli-ahlinya seperti Pengurusan Tekanan Insiden Kritikal (CISM): Intervensi Krisis Kelompok, Sydney, Australia; Intervensi Krisis Kelompok Lanjutan: Strategi dan Taktik bagi Situasi Kompleks, Sydney, Australia; Melatih dan Kaunselling di Tempat Kerja, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam; Persidangan Persatuan Ujian Ketenteraan Antarabangsa (IMTA, Singapore; Neuro Linguistic Programming (NLP) – Kauselling Kreatif, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam; Seminar Kebangsaan Kaunseling Berperspektif Islam, Langkawi, Malaysia; dan Seminar-kum-Bengkel Kaunseling, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.